Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Hidup Hanya Sementara

Sekejap saja, hari ni umur aku dah 31. Aku serius rasa macam baru habis SPM haritu. Tup tup, aku sekarang tengah bekerja dekat sebuah Non Profit dekat KL, dah berkahwin dan ada seorang anak. Apa yang aku buat selama 31 tahun ni? Kenapa rasa macam cepat sangat!? Lepas SPM haritu (baca: 2005), aku masuk Universiti. Enam tahun aku belajar medic dekat Czech Republic. Dari 2008 sampai 2014. Selain dari membaca, tak banyak perkara lain yang aku buat. Aku sibuk dengan exam dan bacaan. Nak kata tak ada life, tak juga sebab aku memang suka membaca. Habis stadi dekat Czech Republic aku balik Malaysia, tahun 2015. Aku start kerja hospital government. Tak lama lepas tu, tahun 2016 aku keluar dari KKM dan sambung master di PPUKM. Grad master tahun 2018. Lepas aku grad tu aku kerja dekat MSQH sampai sekarang. Walaupun nampak significant juga apa yang aku buat sejak 14 tahun yang lalu, tapi somehow aku rasa jiwa aku kosong. Seolah olah tak banyak pengalaman yang aku lalui. Jiwa aku tak terisi

Tip Atasi Rasa Bimbang

Kalau kau selalu rasa bimbang atau risau, kau boleh amalkan tips yang aku nak share hari ni. Tips ni adalah kaedah psychotherapy,  yang mana boleh mengubah cara kau berfikir. Kalau kau amalkan tips ni, kau dapat kurangkan lebih kurang 50% rasa bimbang kau. Pertama sekali kau kena tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembus nafas perlahan-lahan. Buat teknik pernafasan ni dalam 10 kali, ia terbukti berkesan untuk membantu kita bertenang dan membolehkan kita berfikir secara logik. Kemudian perkara yang menakutkan kau tu, kau jangan nafikan dia. Kau mesti akui perkara yang kau takut tu mungkin boleh berlaku. Sebagai contoh kalau kau takut nak bersalam dengan orang sebab kau takut dijangkiti kuman, kau tak boleh menafikan bahawa bersalaman boleh menyebabkan jangkitan. Jangan cuba lari dari ketakutan kau itu. Jangan cuba menafikan ketakutan tu, sebab lagi kau cuba menafikan ketakutan itu, lagi kau secara tak sedar akan mengingatinya. Sebaiknya akui bahawa apa yang kau takuti tu ada ke

Bimbang Tak Tentu Pasal

Ya. Bimbang tak tentu pasal. To an extent aku pun banyak rasa bimbang. Bimbang bisnes yang aku buat tak menjadi, bimbang kalau dekat dengan orang batuk nanti kena jangkitan, etc. Cumanya bimbang aku ni masih berasas dan tak keterlaluan. Ada jenis bimbang yang lebih rumit. Iaitu bimbang yang tak berasas dan perasaan terlebih risau dengan sesuatu perkara yang orang lain rasa biasa biasa saja. Bimbang yang tak tentu pasal dan melampau ini dipanggil anxiety. Beza antara anxiety dan bimbang biasa ialah yang pertama, anxiety mengganggu kehidupan seharian seseorang sampai dia rasa susah untuk menjalankan kerja harian. Bimbang yang biasa hanya mengganggu fikiran tetapi tidak mengganggu aktiviti harian. Yang kedua, anxiety biasanya lebih umum dan orang yang anxiety kadang kadang susah nak terangkan kenapa dia rasa risau. Kebimbangan yang biasa adalah lebih spesifik, contohnya takut markah exam rendah sebab tersalah jawab soalan waktu dalam perperiksaan. Yang ketiga, biasanya anxiety di

Banyak Herba Berkesan Tapi Tak Popular

Last time aku ada share pasal herba yang terbukti berkesan melalui kaedah saintifik. Aku ada mention yang banyak herba dalam dunia ni berkesan dan berpotensi untuk sembuhkan penyakit. Tapi tak banyak yang popular. So hari ni aku nak share kenapa. First of all, perkara yang paling penting bagi syarikat ubat dan industri kesihatan ialah untuk buat duit. Duit adalah darah kepada sesebuah syarikat. Kalau syarikat tak buat duit maka dia akan mati. Jadi apa kaitannya dengan herba tak popular? Jawapannya ialah patent. Herba semulajadi tak boleh dipatent. Kebanyakan syarikat ubat tak mahu buat penyelidikan pasal herba semulajadi sebab hasil kajian tu nanti tak dapat dipatent. Bila tak dapat patent, duit pun tak dapat. Dah penat penat buat kajian melibatkan jutaan ringgit, disebabkan produk tak dapat dipatent, senang senang company lain tiru. Orang lain yang berhabis untuk research, orang lain pula yang mengaut untung. Bilamana syarikat tak dapat patent hasil kajian terhadap tumbuhan s

Rawatan Tradisional Tak Selamat dan Tak Berkesan?

"Encik Farid ada ambil apa apa ubat atau supplement ke selain daripada ubat klinik atau hospital? .. Saya nasihatkan Encik Farid berhenti daripada ambil herba sebab tak berkesan dan banyak side effect" kata seorang doktor lelaki di klinik di Seri Kembangan. Kebetulan aku selesema dan nak jumpa doktor hari tu. Tersentap aku mendengar kata kata seorang doktor, seolah olah menafikan sekerasnya potensi herba dan tumbuhan semulajadi merawat penyakit. Menafikan kebaikan dan fungsi rawatan semulajadi tanpa usul periksa. Sebenarnya ini bukan pertama kali pertama aku dengar doktor kata begini. Waktu aku kerja di hospital dulu aku pun selalu jumpa doktor doktor menafikan kebaikan sebarang bentuk herba dan mengagungkan ubat sintetik dunia moden. Tanggapan bahawa ubat tradisional tak berkesan, ubat tradisional tiada bukti saintifik, ubat tradisional banyak side effect bukanlah tiada benarnya. Banyak rawatan tradisional yang direka cerita. Contohnya macam jamu. Minum minum te

Kau loser!

Tak kisah samada kau ditinggalkan girlfriend , kena buang kerja, kena marah dengan bos atau dapat markah corot dalam kelas. Kau loser . Yes . Tapi tak salah pun jadi loser . Aku pun banyak kali dah melalui fasa loser dalam hidup. Kena tinggal girlfriend , kena maki bos, tak ada duit nak makan, bisnes tak menjadi. Banyak aku dah rasa tapi tak semua aku boleh cerita kat sini. Dulu hidup aku perfect . Waktu UPSR 5A. Waktu PMR 8A. SPM 9A1. Pam pam pam! Semua aku score . Perfect gila! Aku ingat hidup aku akan smooth saja. Tak ada liku liku. Sijil SPM aku. Perfect gila. Secara jujurnya dulu aku sangat takut dengan kegagalan, membuatkan aku berusaha sehabis baik untuk score dalam exam dan sukan. Aku hot guy juga lah dekat sekolah dulu (perasan..). Tapi ada satu peristiwa menyentap hidup aku menyebabkan aku tiba tiba berubah. Peristiwa ni menyebabkan aku mengenal erti kehidupan yang mana tak boleh dipisahkan dari kegagalan. Aku kena reject dengan perempuan. Lama juga lah ke

Boleh Jadi.. Kau Ada Kemurungan

Banyak kali aku cuba nak yakinkan kawan aku ni. Aku beritahu dia pergi lah klinik untuk jumpa doktor tapi dia kata "tak apa lah aku ok". Risau pula aku dibuatnya. Dari pagi ke malam dia tidur tak bangun bangun. Dia orang Kedah. Lelaki, umur dalam lingkungan 24. Duduk di KL cari pengalaman kerja.  Banyak juga kerja yang dia cari tapi selalunya tak lama. Lepas sebulan kerja, tak lama lepas tu berhenti. Sekarang dia duduk di rumah kawan di Bangi. Aku risau bukan sebab apa. Kemurungan kalau dibiarkan lama lama boleh memakan diri. Dari kemurungan kecil boleh jadi kemurungan besar. Bila dah jadi kemurungan besar, agak susah nak merawatnya. Puas aku explain tapi kawan aku buat tak peduli. Tempat lepak kat Bangi Itulah antara masalah orang yang kemurungan. Kebanyakan yang ada kemurungan tak sedar mereka sebenarnya ada kemurungan. Selalunya orang murung ingat mereka cuma penat biasa saja. Mereka cuma low mood saja. Mereka tak semangat kerja saja. Tapi apa yang rama

Aku Menulis Semula!

Bismillahi al-Rahman al-Rahim Hari ini hari pertama dalam bulan disember 2019, aku kembali menulis. Sekian lama aku tak menulis di blog sejak tahun 2011. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, aku mencari cari hala tuju dalam hidup. Apa yang aku nak buat, apa yang aku nak lihat untuk 20 tahun akan datang. Banyak yang aku cuba dalam hidup aku sepanjang 31 tahun ni, tapi banyak juga yang tak lekat. Dikala kawan kawan sebaya aku sedang berlari memecut ke tiang gol mengejar kerjaya dan cita cita, aku masih tercegat di tengah padang melihat dan cuba mencari jawapan kepada soalan aneh ini: "kenapa aku ada dekat sini?". Mungkin aku terlalu suka berfikir. Menyebabkan aku tak selincah orang lain dalam banyak perkara. Aku "slow". Orang lain dah goal dua tiga kali, aku masih tak gerak gerak. Haha! Aku adalah lepasan doktor perubatan. Lama aku belajar di luar negara, dekat tujuh tahun. Sepanjang aku belajar, aku sebenarnya masih ragu samada kerjaya doktor