Skip to main content

Banyak Herba Berkesan Tapi Tak Popular

Last time aku ada share pasal herba yang terbukti berkesan melalui kaedah saintifik. Aku ada mention yang banyak herba dalam dunia ni berkesan dan berpotensi untuk sembuhkan penyakit. Tapi tak banyak yang popular. So hari ni aku nak share kenapa.

First of all, perkara yang paling penting bagi syarikat ubat dan industri kesihatan ialah untuk buat duit. Duit adalah darah kepada sesebuah syarikat. Kalau syarikat tak buat duit maka dia akan mati. Jadi apa kaitannya dengan herba tak popular?

Jawapannya ialah patent. Herba semulajadi tak boleh dipatent. Kebanyakan syarikat ubat tak mahu buat penyelidikan pasal herba semulajadi sebab hasil kajian tu nanti tak dapat dipatent. Bila tak dapat patent, duit pun tak dapat.

Dah penat penat buat kajian melibatkan jutaan ringgit, disebabkan produk tak dapat dipatent, senang senang company lain tiru. Orang lain yang berhabis untuk research, orang lain pula yang mengaut untung.

Bilamana syarikat tak dapat patent hasil kajian terhadap tumbuhan semulajadi, mereka jadi tak berminat nak melaburkan duit mereka ke dalam kajian yang melibatkan tumbuhan semulajadi.

Kesannya, walaupun kat dalam dunia ni ada banyak spesies tumbuhan semulajadi, tapi tak banyak kajian perubatan yang dilakukan untuk menguji keberkesanannya. Syarikat ubat jadi tak berminat nak mengkaji pasal tumbuhan semulajadi.

Sebab itulah aku nak ingatkan, sesuatu herba itu walaupun tak ada bukti ia berkesan, tak bermaksud ia tak berkesan. Punca kenapa ia tak popular dan tak ada bukti saintifik adalah terletak pada faktor ekonomi berbanding faktor klinikal.

Kedua, faktor politik. Aku bagi contoh. Satu herba ni dah beribu tahun digunakan dekat Oceania (kepulauan Vanuatu). Nama dia Kava, nama saintifik dia Piper methysticum. Herba ni didapati sangat berkesan untuk memberikan ketenangan dan kesan dia sebijik macam alprazolam (ubat penenang).

10 tahun lalu apabila kajian saintifik menunjukkan ia berkesan setanding dengan benzodiazepine, banyak orang buka mata dan penjualan Kava meningkat. Kepulauan Vanuatu mendapat limpahan hasil daripada penjualan Kava di seluruh dunia terutamanya di eropah.

Pada masa yang sama, syarikat pengeluaran beenzodiazepin di eropah mula tergugat dengan populariti Kava di tempat mereka. Mereka dah ada pesaing. Lagi lah, Kava adalah herba semulajadi jadi ramai yang prefer Kava berbanding benzodiazepine waktu itu.

Tapi nak dijadikan cerita, kebetulan pada masa itu, terdapat dua kes individu yang mengalami masalah hepatitis yang juga mengamalkan herba Kava ni. Jadi dengan pantas, syarikat di eropah mengambil kesempatan itu untuk menuduh Kava sebagai punca kepada hepatitis itu.

Walhal sebagaimana yang kita tahu liver disease sangat sangat kerap berlaku di eropah kerana mereka adalah pengguna tegar alkohol. Banyak mengalami liver failure sebab alcohol. Pengalaman aku di eropah, aku banyak jumpa kes fulminant liver failure dan cirrhosis disebabkan alkohol.

Kava ni bukan keluaran eropah, jadi kerajaan eropah mengambil langkah drastik mengharamkan terus penggunaan Kava di seluruh eropah. Tak ada kajian lanjut, tak ada perundingan, Kava telah diharamkan di eropah.

Nampak tak perkara sama berlaku dengan kelapa sawit Malaysia? Eropah menuduh (menggunakan artikel saintifik yang berat sebelah) bahawa minyak kelapa sawit tak bagus dan boleh menyebabkan sakit jantung. Walhal kita di sini dah lama guna kelapa sawit. Jangka hayat kita tiada banyak beza dengan mereka pun.

Tujuan eropah memburukkan kelapa sawit tak lain, untuk menjaga ekonomi mereka. Mereka tanam rapeseed dan kacang soya. Mereka hasilkan minyak dari tumbuan ini. Untuk menjaga ekonomi pertanian mereka, mereka memburukkan minyak masak keluaran Malaysia untuk banyakkan jualan produk tempatan.

Nasib sama dilalui herba bukan eropah. Kava adalah satu contoh macam mana politik barat mempengaruhi penggunaannya. Kesan daripada kajian berat sebelah ini, negara lain juga turut mengharamkan penggunaan Kava termasuk Malaysia.

Jadi aku nak beritahu semua, kadang kadang kenapa herba tak popular, tak banyak orang tahu dan tak digunakan di hospital bukan sebab ia tak berpotensi nak menyembuhkan.

Faktor klinikal bukan sebabnya. Banyak saja herba yang berpotensi dalam dunia ni. Sebaliknya faktor ekonomi dan politik lah sebenarnya yang banyak menghalang pembangunan scientific evidence sesuatu herba tu. Bab ni tak banyak doktor perubatan yang faham. Bila bab herba, habis semua dibangkang.

Jadi aku harap penulisan aku ni sikit sebanyak dapat buka minda kita. Kita sebelum nak kata sesuatu tu bagus ke tak bagus ke, kita perlu go back to the evidence. Go back to history and economic evidence. Jangan terus bangkang semua. Baca evidence dan berhujah dengan bukti.

Last sekali aku mengajak semua orang untuk belajar dari pelbagai sudut pandangan dan verify the facts. Cara ni kita akan jadi lebih open minded dan lebih adul dalam menilai sesuatu perkara.

Sampai sini dulu kali ni. Aku dah sampai stesen terminal Monorail. Nanti aku sambung lagi. Bye!

Yang Benar,

Abam Apis
Penulis Rahsia Bahagia
#Rahsia Bahagia


Comments

Popular posts from this blog

Kau loser!

Tak kisah samada kau ditinggalkan girlfriend , kena buang kerja, kena marah dengan bos atau dapat markah corot dalam kelas. Kau loser . Yes . Tapi tak salah pun jadi loser . Aku pun banyak kali dah melalui fasa loser dalam hidup. Kena tinggal girlfriend , kena maki bos, tak ada duit nak makan, bisnes tak menjadi. Banyak aku dah rasa tapi tak semua aku boleh cerita kat sini. Dulu hidup aku perfect . Waktu UPSR 5A. Waktu PMR 8A. SPM 9A1. Pam pam pam! Semua aku score . Perfect gila! Aku ingat hidup aku akan smooth saja. Tak ada liku liku. Sijil SPM aku. Perfect gila. Secara jujurnya dulu aku sangat takut dengan kegagalan, membuatkan aku berusaha sehabis baik untuk score dalam exam dan sukan. Aku hot guy juga lah dekat sekolah dulu (perasan..). Tapi ada satu peristiwa menyentap hidup aku menyebabkan aku tiba tiba berubah. Peristiwa ni menyebabkan aku mengenal erti kehidupan yang mana tak boleh dipisahkan dari kegagalan. Aku kena reject dengan perempuan. Lama juga lah ke...

test

https://shopee.com.my/%E2%98%ACPet-Cat-Dog-Wound-Spray-Ringworm-Fungus-Sanitizer-Antiseptic-Iodine-Solution-Ubat-Luka-Kucing-Anjing-Kurap-Gatal-i.769076005.20807078624?sp_atk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84&xptdk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84 https://shopee.com.my/UBAT-KURAP-KRIM-SAPU-FUNGUS-LUKA-KUDIS-RINGWORM-KUCING-ANJING-PET-CAT-FUNGUS-Himax-Skin-Ointment-50g-Himax-Cream-50g-i.110888617.3465960316?sp_atk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066&xptdk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066 https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%BA%F0%9F%93%B2%E2%9A%B6150ML-Jusz-Spray-Combo-2-Bottle-Dry-Shampoo-For-Pets-Cat-Dog-Anti-Bacteria-Ubat-Luka-Kucing-Kurap-Fungus-Kutu-Sporo-i.607885577.14078453578?sp_atk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34&xptdk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34 https://shopee.com.my/OHMAICAT-Ubat-Kurap-Kucing-Fungus-Luka-Sporo-Bulu-Gugur-Spray-Tanpa-Bilas-Dengan-Air-Senang-Digunakan-i.142790491.2184344059?sp_atk=1f24b17b-199a-45f0-bad8-73da71a2e6e0&xptd...