Ya. Bimbang tak tentu pasal. To an extent aku pun banyak rasa bimbang. Bimbang bisnes yang aku buat tak menjadi, bimbang kalau dekat dengan orang batuk nanti kena jangkitan, etc. Cumanya bimbang aku ni masih berasas dan tak keterlaluan.
Ada jenis bimbang yang lebih rumit. Iaitu bimbang yang tak berasas dan perasaan terlebih risau dengan sesuatu perkara yang orang lain rasa biasa biasa saja. Bimbang yang tak tentu pasal dan melampau ini dipanggil anxiety.
Beza antara anxiety dan bimbang biasa ialah yang pertama, anxiety mengganggu kehidupan seharian seseorang sampai dia rasa susah untuk menjalankan kerja harian. Bimbang yang biasa hanya mengganggu fikiran tetapi tidak mengganggu aktiviti harian.
Yang kedua, anxiety biasanya lebih umum dan orang yang anxiety kadang kadang susah nak terangkan kenapa dia rasa risau. Kebimbangan yang biasa adalah lebih spesifik, contohnya takut markah exam rendah sebab tersalah jawab soalan waktu dalam perperiksaan.
Yang ketiga, biasanya anxiety diikuti oleh tanda fizikal macam bibir kering, jantung rasa berdebar, dan dalam keadaan tertentu menggigil secara tiba tiba disebabkan oleh rasa takut. Perkara macam ni tak berlaku pada orang yang sekadar bimbang biasa.
Yang keempat, orang yang ada anxiety biasanya susah nak melupakan kebimbangan dia. Dia akan terfikir fikir tentang sesuatu yang dia takuti itu sehingga mengabaikan kerja lain. Orang normal biasanya akan melupakan rasa bimbang yang dialami dalam masa sakejap.
Macam mana nak tahu kau ada anxiety?
Caranya mudah, cuba tengok list dekat bawah ni. List kat bawah ni adalah komponen questionnaire DASS 21. Kalau kau ada kebanyakan tanda tanda kat bawah ni, maksudnya kau ada anxiety:
1. Mulut kau rasa kering.
2. Kau rasa susah bernafas walaupun tak melakukan aktiviti fizikal (contohnya bernafas laju atau tercungap cungap waktu tengah duduk)
3. Kau pernah menggeletar
4. Kau risau yang kau akan melalui situasi yang menyebabkan kau rasa panik dan berkelakuan bodoh
5. Kau rasa hampir panik
6. Kau rasa jantung berdebar walaupun tak melakukan aktiviti fizikal.
7. Kau rasa takut tanpa sebab
Untuk lebih exact, cuba kau letakkan skor dekat bawah ni untuk setiap point dekat atas:
Tak pernah berlaku (skor 0);
Jarang berlaku (skor 1);
Kerap berlaku (skor 2);
Sangat kerap berlaku (skor 3).
Contoh:
Mulut kau rasa kering.
Jawapan: Kerap berlaku (skor 2)
Kau rasa susah bernafas walaupun tak melakukan aktiviti fizikal (contohnya bernafas laju atau tercungap cungap waktu tengah duduk)
Jawapan: tak pernah berlaku (skor 0)
Kau pernah menggeletar
Jawapan: Jarang berlaku = (skor 1)
Kau risau yang kau akan melalui situasi yang menyebabkan kau rasa panik dan berkelakuan bodoh
Jawapan: Kerap berlaku (skor 2)
Kau rasa hampir panik
Jawapan: Tak pernah berlaku (skor 0)
Kau rasa jantung berdebar walaupun tak melakukan aktiviti fizikal.
Jawapan: Jarang berlaku (Skor 1)
Kau rasa takut tanpa sebab
Jawapan: Sangat kerap berlaku (Skor 3)
Sekarang kau tambahkan semua skor dekat atas tadi:
(2) + (0) + (1) + (2) + (0) + (1) + (3) = 9.
Kalau kau skor 4 dan ke bawah, maksudnya kau normal. kalau kau skor 5 atau 6 kau anxiety ringan. Kalau kau skor 7 atau 8 kau anxiety sederhana. Dan kalau kau skor 9 atau 10 pula (macam dalam contoh dekat atas) maksudnya anxiety kau teruk.
Macam mana pula kalau kau skor lebih dari 10? Itu maksudnya anxiety kau SANGAT teruk.
Kalau kau ada anxiety teruk atau sangat teruk, aku nasihatkan kau dapatkan rawatan. Rawatan ada banyak jenis. Kau boleh cuba kaedah psychotherapy iaitu cuba betulkan cara pemikiran kau supaya dapat kurangkan rasa bimbang tu.
Aku kongsikan sedikit tips membetulkancara pemikiran untuk kurangkan kebimbangan dekat *sini*.
Kau boleh juga guna ubatan dengan cara berjumpa doktor. Doktor akan beri kau ubatan macam benzodiazepine. Benzodiazepine dapat mengurangkan rasa bimbang dengan cara mengurangkan brain excitement.
Kau boleh juga guna herba Hypericum perforatum untuk peringkat awal kebimbangan. Herba ni terbukti berkesan secara saintifik untuk mengurangkan kebimbangan selain untuk mengurangkan tanda kemurungan.
Bimbang adalah perkara semulajadi. Manusia diciptakan untuk merasa sedikit bimbang supaya kita dapat bersedia dari awal untuk menghadapi kemungkinan. Bimbang seharusnya menjadikan hidup kita lebih baik, bukan sebaliknya. Sekiranya ia menjadikan hidup kita lebih serabut, di situ ia sudah menjadi musuh kita.
Bye!

Comments
Post a Comment