Skip to main content

Hidup Hanya Sementara

Sekejap saja, hari ni umur aku dah 31. Aku serius rasa macam baru habis SPM haritu. Tup tup, aku sekarang tengah bekerja dekat sebuah Non Profit dekat KL, dah berkahwin dan ada seorang anak. Apa yang aku buat selama 31 tahun ni? Kenapa rasa macam cepat sangat!?

Lepas SPM haritu (baca: 2005), aku masuk Universiti. Enam tahun aku belajar medic dekat Czech Republic. Dari 2008 sampai 2014. Selain dari membaca, tak banyak perkara lain yang aku buat. Aku sibuk dengan exam dan bacaan. Nak kata tak ada life, tak juga sebab aku memang suka membaca.

Habis stadi dekat Czech Republic aku balik Malaysia, tahun 2015. Aku start kerja hospital government. Tak lama lepas tu, tahun 2016 aku keluar dari KKM dan sambung master di PPUKM. Grad master tahun 2018. Lepas aku grad tu aku kerja dekat MSQH sampai sekarang.

Walaupun nampak significant juga apa yang aku buat sejak 14 tahun yang lalu, tapi somehow aku rasa jiwa aku kosong. Seolah olah tak banyak pengalaman yang aku lalui. Jiwa aku tak terisi dengan kenangan manis. Aku banyak habiskan masa dengan buku dan exam.

Mata aku, telinga aku, lidah aku, hidung aku, tangan aku, macam dah lama tak rasa rangsangan dari dunia sebenar. Aku masih mencari kebebasan yang aku idamkan selama ini dan sampai ke hari ni aku masih berusaha mencarinya.

Orang kata kita kena balance tiga benda ni nak rasa selesa. Masa, Harta dengan Tenaga. Aku stop jadi clinician pada tahun 2017 dulu sebab aku nak hidup balance. Ada masa dengan family, ada duit yang cukup dan sementara masih ada tenaga yang kuat ni, aku nak mencuba bisnes baru dan menerokai dunia.

Aku harap bila bisnes dapat berjalan dengan baik, aku boleh resign dari kerja aku kat MSQH dan fokus pada bisnes. Jadual masa lebih flexible. So dengan masa yang ada tu boleh la aku explore the world!

Ingat, hidup kita ni sekejap sahaja. Rugi kalau kita terlalu obses dengan kerja sampai lupa nak menikmati kehidupan ni, tak ada masa nak melihat anak membesar dan tak dapat melihat kecantikan alam. Yang penting hidup ni kena seimbang.

Yang Benar

Abam Apis
#RahsiaGembira










Comments

Popular posts from this blog

Kau loser!

Tak kisah samada kau ditinggalkan girlfriend , kena buang kerja, kena marah dengan bos atau dapat markah corot dalam kelas. Kau loser . Yes . Tapi tak salah pun jadi loser . Aku pun banyak kali dah melalui fasa loser dalam hidup. Kena tinggal girlfriend , kena maki bos, tak ada duit nak makan, bisnes tak menjadi. Banyak aku dah rasa tapi tak semua aku boleh cerita kat sini. Dulu hidup aku perfect . Waktu UPSR 5A. Waktu PMR 8A. SPM 9A1. Pam pam pam! Semua aku score . Perfect gila! Aku ingat hidup aku akan smooth saja. Tak ada liku liku. Sijil SPM aku. Perfect gila. Secara jujurnya dulu aku sangat takut dengan kegagalan, membuatkan aku berusaha sehabis baik untuk score dalam exam dan sukan. Aku hot guy juga lah dekat sekolah dulu (perasan..). Tapi ada satu peristiwa menyentap hidup aku menyebabkan aku tiba tiba berubah. Peristiwa ni menyebabkan aku mengenal erti kehidupan yang mana tak boleh dipisahkan dari kegagalan. Aku kena reject dengan perempuan. Lama juga lah ke...

Banyak Herba Berkesan Tapi Tak Popular

Last time aku ada share pasal herba yang terbukti berkesan melalui kaedah saintifik. Aku ada mention yang banyak herba dalam dunia ni berkesan dan berpotensi untuk sembuhkan penyakit. Tapi tak banyak yang popular. So hari ni aku nak share kenapa. First of all, perkara yang paling penting bagi syarikat ubat dan industri kesihatan ialah untuk buat duit. Duit adalah darah kepada sesebuah syarikat. Kalau syarikat tak buat duit maka dia akan mati. Jadi apa kaitannya dengan herba tak popular? Jawapannya ialah patent. Herba semulajadi tak boleh dipatent. Kebanyakan syarikat ubat tak mahu buat penyelidikan pasal herba semulajadi sebab hasil kajian tu nanti tak dapat dipatent. Bila tak dapat patent, duit pun tak dapat. Dah penat penat buat kajian melibatkan jutaan ringgit, disebabkan produk tak dapat dipatent, senang senang company lain tiru. Orang lain yang berhabis untuk research, orang lain pula yang mengaut untung. Bilamana syarikat tak dapat patent hasil kajian terhadap tumbuh...

test

https://shopee.com.my/%E2%98%ACPet-Cat-Dog-Wound-Spray-Ringworm-Fungus-Sanitizer-Antiseptic-Iodine-Solution-Ubat-Luka-Kucing-Anjing-Kurap-Gatal-i.769076005.20807078624?sp_atk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84&xptdk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84 https://shopee.com.my/UBAT-KURAP-KRIM-SAPU-FUNGUS-LUKA-KUDIS-RINGWORM-KUCING-ANJING-PET-CAT-FUNGUS-Himax-Skin-Ointment-50g-Himax-Cream-50g-i.110888617.3465960316?sp_atk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066&xptdk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066 https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%BA%F0%9F%93%B2%E2%9A%B6150ML-Jusz-Spray-Combo-2-Bottle-Dry-Shampoo-For-Pets-Cat-Dog-Anti-Bacteria-Ubat-Luka-Kucing-Kurap-Fungus-Kutu-Sporo-i.607885577.14078453578?sp_atk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34&xptdk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34 https://shopee.com.my/OHMAICAT-Ubat-Kurap-Kucing-Fungus-Luka-Sporo-Bulu-Gugur-Spray-Tanpa-Bilas-Dengan-Air-Senang-Digunakan-i.142790491.2184344059?sp_atk=1f24b17b-199a-45f0-bad8-73da71a2e6e0&xptd...