Skip to main content

Rawatan Tradisional Tak Selamat dan Tak Berkesan?

"Encik Farid ada ambil apa apa ubat atau supplement ke selain daripada ubat klinik atau hospital? .. Saya nasihatkan Encik Farid berhenti daripada ambil herba sebab tak berkesan dan banyak side effect" kata seorang doktor lelaki di klinik di Seri Kembangan.

Kebetulan aku selesema dan nak jumpa doktor hari tu. Tersentap aku mendengar kata kata seorang doktor, seolah olah menafikan sekerasnya potensi herba dan tumbuhan semulajadi merawat penyakit. Menafikan kebaikan dan fungsi rawatan semulajadi tanpa usul periksa.

Sebenarnya ini bukan pertama kali pertama aku dengar doktor kata begini. Waktu aku kerja di hospital dulu aku pun selalu jumpa doktor doktor menafikan kebaikan sebarang bentuk herba dan mengagungkan ubat sintetik dunia moden.

Tanggapan bahawa ubat tradisional tak berkesan, ubat tradisional tiada bukti saintifik, ubat tradisional banyak side effect bukanlah tiada benarnya. Banyak rawatan tradisional yang direka cerita. Contohnya macam jamu. Minum minum terus gebu. Sis, celah mana yang gebu?

Tapi kita perlu ingat, bukan semua rawatan tradisional  tak berkesan. Bukan semua rawatan tradisional tak saintifik. Bukan semua rawatan tradisional merosakkan buah pinggang dan hati. Aku juga seorang medical personnel. Tapi aku tak menolak kebaikan herba.

Dalam menilai samada sesuatu itu baik atau pun tak, kita kena melihat per case basis, bukannya pukul rata sahaja. Kita perlu berbalik kepada bukti saintifik untuk menentukan samada sesuatu herba itu betul berkesan atau sekadar buat cerita sahaja.

Aku bagi contoh.

Since aku banyak deal dengan produk kesihatan mental, aku nak share sedikit tentang satu herba ni. Aku first time dengar pasal herba ni waktu tahun empat di medical school di Czech Republic. Pensyarah farmakologi (pakar ubat) yang terangkan pasal herba ni. Banyak digunakan di German dan Czech Republic.

Herba ni dah beratus tahun digunakan di negara eropah dan dah berjuta juta rakyat eropah yang mendapat manfaat hasil menggunakan herba ni. Nama saintifik dia Hypericum perforatum. Nama English dia St Johns Wort. Dia ada banyak nama lain, berbeza mengikut kawasan.

Waktu pensyarah aku cerita pasal herba ni 6 tahun lalu, aku nampak mata dia bersinar sinar, semangat betul bercerita pasal rawatan herba ni. First of all dia dah lah pakar ubat moden. Second of all tiba tiba dia semangat cerita pasal ubat herba. Nampak keganjilan di situ.

So dekat situ lah aku terdetik mengkaji apa ke benda Hypericum perforatum ni. Waktu mula mula tahu pasal herba ni aku tak ada lah kisah sangat. Just kaji sikit sikit pasal herba ni. Tapi waktu aku buat master, aku tengok rakyat Malaysia banyak yang ada masalah kemurungan. Aku mula serius. 

Hypericum perforatum ni satu jenis herba yang betul betul luar biasa sebab kajian meta analisis membuktikan ia berkesan untuk mengurangkan kemurungan. Kalau kau nak tahu, dalam dunia perubatan, setiap kajian yang dilakukan ada tahap validity dia. Ada tahap kebolehpercayaan dia. 

Kajian saintifik yang paling tinggi level dia dipanggil meta-analysis of Randomized Controlled Trial. Disingkatkan = meta analysis. Kalau dalam ilmu hadis, yang paling tinggi ialah hadis soheh, manakala dalam kajian saintifik pula ialah meta-analysis.

Apa tu meta analysis

Meta analysis ni ialah satu kajian yang menggabungkan hasil kajian bagi semua ujian klinikal (Randomized Controlled Trial) berkenaan sesuatu ubat untuk membantu kita membuat kesimpulan samada sesuatu ubat tu betul betul berkesan atau tidak.

Dalam satu meta analysis, ada banyak ujian klinikal yang terlibat. Ujian klinikal ini dilakukan di banyak tempat berbeza, dilakukan di negara yang berbeza, dan dijalankan pada waktu yang berbeza. Apa yang sama ialah ubat yang digunakan dan kaedah penyelidikan yang sama.

Oleh sebab meta analysis melibatkan banyak ujian klinikal yang dilakukan oleh banyak pihak yang berbeza interest, hasil dapatan yang dibuat adalah sangat boleh dipercayai (valid).

Ok, done dengan definisi meta analysis. Balik semula kepada Hypericum perforatum. Herba ini telah melalui lebih 29 ujian klinikal RCT. Ujian ini dilakukan di serata dunia. Hasil kajian dari 29 RCT ini disimpulkan di dalam meta analysis yang boleh diakses di laman web Cochrane.

Berdasarkan meta analysis Cochrane, Hypericum perforatum disimpulkan sebagai sangat berkesan, setanding dengan ubat Selective Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI) yang digunakan di hospital. Manakala dari segi kesan sampingan, ianya jauh lebih selamat berbanding ubat SSRI di hospital.

Atas sebab kesedaran aku tentang keberkesanan dan keselamatan herba ni lah, aku usaha bawa masuk herba H. perforatum ni ke Malaysia dan memperkenalkannya pada kawan kawan. Aku nak kongsikan kebaikan herba eropah pada orang Malaysia. Mereka di eropah dah beratus tahun guna.

Aku dalam proses mendapatkan pendaftaran penuh ubat ni. Tinggal sikit je lagi nak dapat kelulusan KKM. Certificate of analysis, heavy metal, micobiology test dan stability data record dah dilakukan dan herba ni memang terbukti selamat.

Ok ini baru satu herba. Dan kebetulan herba ni memang produk aku so aku share lah pasal herba ni. Tapi nak bagitahu ada banyak lagi herba lain yang berkesan. Sangat berkesan tapi tak dipopularkan sebab banyak faktor.

Aku akan share sebab apa banyak herba berkesan tapi tak popular dan tak digunakan di hospital. Ingat, banyak yang berkesan dan selamat tapi tak digunakan. Nak tahu kenapa, boleh reach post aku yang seterusnya. Aku naik public transport ni, monorail dah sampai ke stesen hujung dah ni. Bye!

Yang Benar,

Abam Apis
Penulis Rahsia Gembira
#RahsiaGembira


Comments

Popular posts from this blog

Kau loser!

Tak kisah samada kau ditinggalkan girlfriend , kena buang kerja, kena marah dengan bos atau dapat markah corot dalam kelas. Kau loser . Yes . Tapi tak salah pun jadi loser . Aku pun banyak kali dah melalui fasa loser dalam hidup. Kena tinggal girlfriend , kena maki bos, tak ada duit nak makan, bisnes tak menjadi. Banyak aku dah rasa tapi tak semua aku boleh cerita kat sini. Dulu hidup aku perfect . Waktu UPSR 5A. Waktu PMR 8A. SPM 9A1. Pam pam pam! Semua aku score . Perfect gila! Aku ingat hidup aku akan smooth saja. Tak ada liku liku. Sijil SPM aku. Perfect gila. Secara jujurnya dulu aku sangat takut dengan kegagalan, membuatkan aku berusaha sehabis baik untuk score dalam exam dan sukan. Aku hot guy juga lah dekat sekolah dulu (perasan..). Tapi ada satu peristiwa menyentap hidup aku menyebabkan aku tiba tiba berubah. Peristiwa ni menyebabkan aku mengenal erti kehidupan yang mana tak boleh dipisahkan dari kegagalan. Aku kena reject dengan perempuan. Lama juga lah ke...

Banyak Herba Berkesan Tapi Tak Popular

Last time aku ada share pasal herba yang terbukti berkesan melalui kaedah saintifik. Aku ada mention yang banyak herba dalam dunia ni berkesan dan berpotensi untuk sembuhkan penyakit. Tapi tak banyak yang popular. So hari ni aku nak share kenapa. First of all, perkara yang paling penting bagi syarikat ubat dan industri kesihatan ialah untuk buat duit. Duit adalah darah kepada sesebuah syarikat. Kalau syarikat tak buat duit maka dia akan mati. Jadi apa kaitannya dengan herba tak popular? Jawapannya ialah patent. Herba semulajadi tak boleh dipatent. Kebanyakan syarikat ubat tak mahu buat penyelidikan pasal herba semulajadi sebab hasil kajian tu nanti tak dapat dipatent. Bila tak dapat patent, duit pun tak dapat. Dah penat penat buat kajian melibatkan jutaan ringgit, disebabkan produk tak dapat dipatent, senang senang company lain tiru. Orang lain yang berhabis untuk research, orang lain pula yang mengaut untung. Bilamana syarikat tak dapat patent hasil kajian terhadap tumbuh...

test

https://shopee.com.my/%E2%98%ACPet-Cat-Dog-Wound-Spray-Ringworm-Fungus-Sanitizer-Antiseptic-Iodine-Solution-Ubat-Luka-Kucing-Anjing-Kurap-Gatal-i.769076005.20807078624?sp_atk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84&xptdk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84 https://shopee.com.my/UBAT-KURAP-KRIM-SAPU-FUNGUS-LUKA-KUDIS-RINGWORM-KUCING-ANJING-PET-CAT-FUNGUS-Himax-Skin-Ointment-50g-Himax-Cream-50g-i.110888617.3465960316?sp_atk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066&xptdk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066 https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%BA%F0%9F%93%B2%E2%9A%B6150ML-Jusz-Spray-Combo-2-Bottle-Dry-Shampoo-For-Pets-Cat-Dog-Anti-Bacteria-Ubat-Luka-Kucing-Kurap-Fungus-Kutu-Sporo-i.607885577.14078453578?sp_atk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34&xptdk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34 https://shopee.com.my/OHMAICAT-Ubat-Kurap-Kucing-Fungus-Luka-Sporo-Bulu-Gugur-Spray-Tanpa-Bilas-Dengan-Air-Senang-Digunakan-i.142790491.2184344059?sp_atk=1f24b17b-199a-45f0-bad8-73da71a2e6e0&xptd...