Skip to main content

Boleh Jadi.. Kau Ada Kemurungan

Banyak kali aku cuba nak yakinkan kawan aku ni. Aku beritahu dia pergi lah klinik untuk jumpa doktor tapi dia kata "tak apa lah aku ok". Risau pula aku dibuatnya. Dari pagi ke malam dia tidur tak bangun bangun.


Dia orang Kedah. Lelaki, umur dalam lingkungan 24. Duduk di KL cari pengalaman kerja.  Banyak juga kerja yang dia cari tapi selalunya tak lama. Lepas sebulan kerja, tak lama lepas tu berhenti. Sekarang dia duduk di rumah kawan di Bangi.

Aku risau bukan sebab apa. Kemurungan kalau dibiarkan lama lama boleh memakan diri. Dari kemurungan kecil boleh jadi kemurungan besar. Bila dah jadi kemurungan besar, agak susah nak merawatnya. Puas aku explain tapi kawan aku buat tak peduli.


Tempat lepak kat Bangi

Itulah antara masalah orang yang kemurungan. Kebanyakan yang ada kemurungan tak sedar mereka sebenarnya ada kemurungan. Selalunya orang murung ingat mereka cuma penat biasa saja. Mereka cuma low mood saja. Mereka tak semangat kerja saja.

Tapi apa yang ramai tak tahu ialah, tanda tanda yang dikata 'biasa' itulah sebenarnya tanda kemurungan. Rasa penat, cepat marah, tak ada mood nak keluar rumah, rasa nak tidur saja, malas nak layan orang, selalu termenung, kurang selera makan, selalu menangis. Ini semua tanda kemurungan.


Hati hati, banyak tidur dan tak ada mood nak keluar rumah adalah tanda kemurungan.

Beza antara kemurungan dengan sedih biasa atau low mood biasa ialah, orang yang kemurungan mempunyai tanda tanda dalam tempoh yang lama, menyebabkan orang tu tak dapat buat kerja dengan baik, tak dapat layan anak anak dengan baik dan tak dapat urus diri sendiri.

Dengan kata mudah, kalau orang tu mempunyai tanda penat, banyak menangis, selalu tidur, kurang makan, cepat marah dalam tempoh masa yang lama sampai mengabaikan diri sendiri dan orang sekeliling, dia mungkin ada kemurungan.

Nak tahu samada orang tu ada kemurungan atau tak, biasanya kita suruh dia jawab questionnaire DASS 21. Questionnaire DASS 21 ni boleh dapat online, versi Bahasa Melayu pun ada. Basically DASS 21 ni ada 21 soalan. Soalan soalan tu dipecahkan kepada tiga part untuk mengukur tahap stres, tahap kemurungan dan tahap kebimbangan.


Contoh DASS 21 questionnaire.

Score DASS 21 boleh menentukan jenis masalah mental yang dialami. Boleh jadi orang tu ada kemurungan dan kebimbangan, boleh jadi dia ada kebimbangan sahaja tapi tak murung etc. Ujian DASS 21 ni memang sangat berguna untuk menentukan jenis masalah emosi yang dialami.

Aku share lebih lagi pasal komponen DASS 21 ni in the future. Ada sebarang soalan boleh komen kat sini atau kat FB Rahsia Gembira. Sampai sini dulu sharing aku pagi ni. Aku dah sampai stesen last monorail. Nanti aku up lagi next post pasal DASS 21. Bye!

Yang Benar

Abam Apis
Penulis Rahsia Gembira
#RahsiaGembira


Comments

Popular posts from this blog

Kau loser!

Tak kisah samada kau ditinggalkan girlfriend , kena buang kerja, kena marah dengan bos atau dapat markah corot dalam kelas. Kau loser . Yes . Tapi tak salah pun jadi loser . Aku pun banyak kali dah melalui fasa loser dalam hidup. Kena tinggal girlfriend , kena maki bos, tak ada duit nak makan, bisnes tak menjadi. Banyak aku dah rasa tapi tak semua aku boleh cerita kat sini. Dulu hidup aku perfect . Waktu UPSR 5A. Waktu PMR 8A. SPM 9A1. Pam pam pam! Semua aku score . Perfect gila! Aku ingat hidup aku akan smooth saja. Tak ada liku liku. Sijil SPM aku. Perfect gila. Secara jujurnya dulu aku sangat takut dengan kegagalan, membuatkan aku berusaha sehabis baik untuk score dalam exam dan sukan. Aku hot guy juga lah dekat sekolah dulu (perasan..). Tapi ada satu peristiwa menyentap hidup aku menyebabkan aku tiba tiba berubah. Peristiwa ni menyebabkan aku mengenal erti kehidupan yang mana tak boleh dipisahkan dari kegagalan. Aku kena reject dengan perempuan. Lama juga lah ke...

Banyak Herba Berkesan Tapi Tak Popular

Last time aku ada share pasal herba yang terbukti berkesan melalui kaedah saintifik. Aku ada mention yang banyak herba dalam dunia ni berkesan dan berpotensi untuk sembuhkan penyakit. Tapi tak banyak yang popular. So hari ni aku nak share kenapa. First of all, perkara yang paling penting bagi syarikat ubat dan industri kesihatan ialah untuk buat duit. Duit adalah darah kepada sesebuah syarikat. Kalau syarikat tak buat duit maka dia akan mati. Jadi apa kaitannya dengan herba tak popular? Jawapannya ialah patent. Herba semulajadi tak boleh dipatent. Kebanyakan syarikat ubat tak mahu buat penyelidikan pasal herba semulajadi sebab hasil kajian tu nanti tak dapat dipatent. Bila tak dapat patent, duit pun tak dapat. Dah penat penat buat kajian melibatkan jutaan ringgit, disebabkan produk tak dapat dipatent, senang senang company lain tiru. Orang lain yang berhabis untuk research, orang lain pula yang mengaut untung. Bilamana syarikat tak dapat patent hasil kajian terhadap tumbuh...

test

https://shopee.com.my/%E2%98%ACPet-Cat-Dog-Wound-Spray-Ringworm-Fungus-Sanitizer-Antiseptic-Iodine-Solution-Ubat-Luka-Kucing-Anjing-Kurap-Gatal-i.769076005.20807078624?sp_atk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84&xptdk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84 https://shopee.com.my/UBAT-KURAP-KRIM-SAPU-FUNGUS-LUKA-KUDIS-RINGWORM-KUCING-ANJING-PET-CAT-FUNGUS-Himax-Skin-Ointment-50g-Himax-Cream-50g-i.110888617.3465960316?sp_atk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066&xptdk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066 https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%BA%F0%9F%93%B2%E2%9A%B6150ML-Jusz-Spray-Combo-2-Bottle-Dry-Shampoo-For-Pets-Cat-Dog-Anti-Bacteria-Ubat-Luka-Kucing-Kurap-Fungus-Kutu-Sporo-i.607885577.14078453578?sp_atk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34&xptdk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34 https://shopee.com.my/OHMAICAT-Ubat-Kurap-Kucing-Fungus-Luka-Sporo-Bulu-Gugur-Spray-Tanpa-Bilas-Dengan-Air-Senang-Digunakan-i.142790491.2184344059?sp_atk=1f24b17b-199a-45f0-bad8-73da71a2e6e0&xptd...