Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Aku Menulis Semula!

Bismillahi al-Rahman al-Rahim Hari ini hari pertama dalam bulan disember 2019, aku kembali menulis. Sekian lama aku tak menulis di blog sejak tahun 2011. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, aku mencari cari hala tuju dalam hidup. Apa yang aku nak buat, apa yang aku nak lihat untuk 20 tahun akan datang. Banyak yang aku cuba dalam hidup aku sepanjang 31 tahun ni, tapi banyak juga yang tak lekat. Dikala kawan kawan sebaya aku sedang berlari memecut ke tiang gol mengejar kerjaya dan cita cita, aku masih tercegat di tengah padang melihat dan cuba mencari jawapan kepada soalan aneh ini: "kenapa aku ada dekat sini?". Mungkin aku terlalu suka berfikir. Menyebabkan aku tak selincah orang lain dalam banyak perkara. Aku "slow". Orang lain dah goal dua tiga kali, aku masih tak gerak gerak. Haha! Aku adalah lepasan doktor perubatan. Lama aku belajar di luar negara, dekat tujuh tahun. Sepanjang aku belajar, aku sebenarnya masih ragu samada kerjaya doktor