Skip to main content

Kau loser!

Tak kisah samada kau ditinggalkan girlfriend, kena buang kerja, kena marah dengan bos atau dapat markah corot dalam kelas.

Kau loser. Yes.

Tapi tak salah pun jadi loser. Aku pun banyak kali dah melalui fasa loser dalam hidup. Kena tinggal girlfriend, kena maki bos, tak ada duit nak makan, bisnes tak menjadi. Banyak aku dah rasa tapi tak semua aku boleh cerita kat sini.

Dulu hidup aku perfect. Waktu UPSR 5A. Waktu PMR 8A. SPM 9A1. Pam pam pam! Semua aku score. Perfect gila! Aku ingat hidup aku akan smooth saja. Tak ada liku liku.


Sijil SPM aku. Perfect gila.

Secara jujurnya dulu aku sangat takut dengan kegagalan, membuatkan aku berusaha sehabis baik untuk score dalam exam dan sukan. Aku hot guy juga lah dekat sekolah dulu (perasan..).

Tapi ada satu peristiwa menyentap hidup aku menyebabkan aku tiba tiba berubah. Peristiwa ni menyebabkan aku mengenal erti kehidupan yang mana tak boleh dipisahkan dari kegagalan. Aku kena reject dengan perempuan.

Lama juga lah kenal ex aku tu. Sejak tingkatan 1 lagi dah berkenalan. Kita selalu juga dating berjumpa dan dipendekkan cerita, tujuh tahun kemudian, kami masuk kolej pra universiti yang sama dan dekat situ aku kena reject kaw kaw.


Di sinilah aku mula mengenal erti kegagalan, pertemuan dan perpisahan.

Maka tersadai lah aku di tepi bucu katil meratapi perpisahan. Lama juga aku down, dalam enam bulan tak boleh move on. Aku mencari cari apa kekurangan aku, aku mencari apa kesalahan aku. Baru aku sedar waktu tu, aku bukan perfect.

Kita Tak Dapat Lari Dari Takdir

Disebalik kehebatan kita, disebalik keistimewaan kita, disebalik kesempurnaan kita, bukan semua orang akan suka kita. Bukan semua pekerjaan sesuai dengan kita, dan bukan semua perkara memihak kepada kita. Itu semua telah ditentukan. Hidup ini penuh dengan kebarangkalian (baca: takdir).

Hidup ni kadang kadang kita di atas dan kadang kadang kita di bawah. Apa yang kita perlu buat ialah menerima kekalahan dan kesalahan kita. Tiada manusia yang perfect. Kegagalan itu adalah syarat kejayaan.

Tak percaya?

Setahun lepas aku berpisah dengan ex aku, aku kenal sorang girl ni dari kelas jiran. Cantik orang nya. Tinggi, hidung mancung. Pusing punya pusing, nak dipendekkan cerita, hari ni aku dah 10 tahun kawin dengan dia. Haha!

Banyak orang yang dah berjaya sekarang ni yang bermula dengan kegagalan. Aku borak dengan owner hospital AVISENA Shah Alam, Dato' Dr Omar. Kekayaan dia sahaja dekat RM500 juta! Dia kata sebelum berjaya dengan hospital AVISENA, dia dah gagal banyak kali.

Dua buah pusat tuisyen dan dua buah klinik dia buka semua tak menjadi. Dia gagal. Tapi Dato' Omar tak putus asa. Dia percaya kegagalan adalah syarat kejayaan. Dia yakin, satu hari pasti ada yang menjadi. Betul. Cubaan dia menjalankan bisnes hospital terbukti menjadi.


Dato' Dr Omar, sewaktu pengumuman pertukaran nama DEMC Hospital kepada AVISENA Specialist Hospital.

Hari ni Dato' Omar benar benar berjaya. Selepas 10 tahun menjalankan bisnes hospital AVISENA, bulan lepas dia lancarkan hospital kedua AVISENA iaitu AVISENA Women and Children Hospital dekat Shah Alam. Majlis gilang gemilang dirasmikan oleh Sultan Selangor.


Hospital baru AVISENA, AVISENA Women and Children Hospital.

Macam itu juga kita. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Hari ni kita gagal, esok kita berjaya. Dan jangan lupa lusa mungkin boleh gagal kembali. Apa yang kita boleh dan perlu lakukan ialah kita enjoy the process of learning. Belajar dari kegagalan. Hidup ini adalah sebuah universiti.

Belajar untuk suka prosesnya dan bukan hasilnya.

Ni banyak orang tak faham. Banyak orang rasa meletakkan target dalam pekerjaan atau hubungan adalah syarat utama kejayaan. Banyak orang yang letakkan target nak harta satu juta sebelum umur 30 tahun. Banyak orang yang jatuh cinta meletakkan harapan dan sentiasa berfikir untuk hidup bersama pasangan dia.

Apa yang orang tak tahu ialah, semakin banyak dia berfikir tentang target untuk mencapai RM1 juta sebelum umur 35 tahun itu dan semakin banyak dia berfikir untuk mengahwini pasangan dia itu, sebenarnya dia semakin jauh daripada mencapai impiannya.

Kenapa?

Sebab terlalu banyak berfikir tentang target atau goal menyebabkan dia merasa lebih tertekan dan gementar. Terlalu banyak berfikir tentang hasil menyebabkan seseorang menjadi semakin lambat bergerak dan cepat berputus asa. Berfikir terlalu banyak tentang sesuatu goal itu menyebabkan dia menjadi lebih rigid.


Apabila kau ada crush dengan seseorang, mestilah kau ada perasaan nak berkahwin dengan dia betul kan? Itu perasaan semulajadi. Tapi kau tak boleh terlalu memikirkan penghujungnya. Kalau kau terlalu memikirkan penghujungnya, kau akan jadi gelojoh. Tak cool.

Apabila kau nak target RM1 juta before umur 35, mestilah kau kena berangan dulu betul tak? Tapi kau tak bolehlah berangan saja kuat, tapi kerja tak konsisten. Berfikir terlalu banyak menyebabkan "analysis paralysis".

Apa benda tu "analysis paralysis"? Ia adalah keadaan dimana kau terlalu sangat berfikir tentang end goal, tapi tak bergerak gerak sebab semakin lama kau fikir, semakin kau nampak target kau tu mustahil. Ini berlaku bila kau banyak sangat berfikir.


So apa yang kau patut buat?

Dalam perhubungan atau dalam bekerja, kau boleh meletakkan satu target atau end goal, tapi kau tak boleh merenung goal kau tu tiap tiap hari. Kau tak boleh berangan angan setiap hari. Apa yang kau kena buat ialah BERUSAHA untuk mencapai goal kau tu dan yang paling penting ialah MENYUKAI/BANGGA dengan usaha kau tanpa memikirkan hasilnya.

Kalau kau crush dengan seorang itu, kau boleh set target nak kawan dengan dia dulu. Kau mesti berusaha menjadi kawan yang baik. Dan yang paling penting kau kena ikhlas untuk menjadi kawan yang baik tanpa terlalu banyak berharap. Kalau at the end kau kena reject, tak apa, sebab at least kau dah berusaha.

Hukum statistik menunjukkan bahawa hidup kita ni penuh dengan kebarangkalian. Sesuatu hasil tu bergantung kepada kebarangkalian (baca takdir). Contoh, kalau kau dah stadi untuk exam, kebarangkalian kau dapat A ialah 80% dan kebarangkalian kau dapat B ialah 20%.

Result exam pun keluar, kau dapat B. Kau tak patut rasa kecewa. Sebab perkara macam ni memang di luar kawalan kita. Itulah takdir namanya. Tak bermakna exam akan datang kau akan dapat B lagi. Berdasarkan kebarangkalian tadi, kalau 10 exam kau buat, 8 exam kau akan dapat A. Setakat satu kali gagal, rileks lah. Cheer up!

Sama juga kalau kau nak bina badan, kau boleh set target nak jadi macam Arnold Susah-Nak-Eja, tapi kau tak bolehlah tenung gambar dia tiap tiap hari dan compare badan kau yang sekeping tu. Terlalu banyak berfikir tentang end goal menyebabkan kau lemah semangat.

Apa yang kau kena buat ialah 'just do it' dan love the process.

Kau mesti suka angkat dumbell 100 kali satu side tanpa memikirkan hasilnya, barulah kau boleh konsisten dalam workout. Macam mana nak jatuh cinta dengan angkat dumbell? Mungkin kau boleh ajak kawan kawan kau join gym sekali. Jadikan diri kau jatuh cinta dengan prosesnya bukan dengan hasilnya.


So, aku nak bagitahu kat sini, stop thinking too much of the end goal and start to be so proud of the effort you do. Satu gagal, banyak lagi yang akan datang. Hidup ini adalah kebarangkalian. Apa yang penting ialah kau sentiasa suka dengan proses pembelajaran tu.

Ingat.

Tak kira berapa perfect pun kau, kalau ditakdirkan gagal, kau akan gagal. Tapi apa yang penting ialah, peluang kau untuk berjaya mengejar sesuatu target itu semakin dekat bila kau berhenti daripada terlalu banyak berfikir tentang end goal dan mula untuk menyukai usaha untuk mencapainya tanpa memikirkan hasilnya.

Sampai sini dulu lah aku membebel. Aku dah sampai kat stesen hujung monorail. Macam biasa, aku sambung lagi next time. Bye!

Yang Benar,

Abam Apis
Penulis Rahsia Gembira
#RahsiaGembira





Comments

Popular posts from this blog

Banyak Herba Berkesan Tapi Tak Popular

Last time aku ada share pasal herba yang terbukti berkesan melalui kaedah saintifik. Aku ada mention yang banyak herba dalam dunia ni berkesan dan berpotensi untuk sembuhkan penyakit. Tapi tak banyak yang popular. So hari ni aku nak share kenapa. First of all, perkara yang paling penting bagi syarikat ubat dan industri kesihatan ialah untuk buat duit. Duit adalah darah kepada sesebuah syarikat. Kalau syarikat tak buat duit maka dia akan mati. Jadi apa kaitannya dengan herba tak popular? Jawapannya ialah patent. Herba semulajadi tak boleh dipatent. Kebanyakan syarikat ubat tak mahu buat penyelidikan pasal herba semulajadi sebab hasil kajian tu nanti tak dapat dipatent. Bila tak dapat patent, duit pun tak dapat. Dah penat penat buat kajian melibatkan jutaan ringgit, disebabkan produk tak dapat dipatent, senang senang company lain tiru. Orang lain yang berhabis untuk research, orang lain pula yang mengaut untung. Bilamana syarikat tak dapat patent hasil kajian terhadap tumbuh...

test

https://shopee.com.my/%E2%98%ACPet-Cat-Dog-Wound-Spray-Ringworm-Fungus-Sanitizer-Antiseptic-Iodine-Solution-Ubat-Luka-Kucing-Anjing-Kurap-Gatal-i.769076005.20807078624?sp_atk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84&xptdk=5a16e5e2-571b-4c6e-9d1c-0d5477c0ec84 https://shopee.com.my/UBAT-KURAP-KRIM-SAPU-FUNGUS-LUKA-KUDIS-RINGWORM-KUCING-ANJING-PET-CAT-FUNGUS-Himax-Skin-Ointment-50g-Himax-Cream-50g-i.110888617.3465960316?sp_atk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066&xptdk=2b33d123-3e1a-4512-8002-57efaf10b066 https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%BA%F0%9F%93%B2%E2%9A%B6150ML-Jusz-Spray-Combo-2-Bottle-Dry-Shampoo-For-Pets-Cat-Dog-Anti-Bacteria-Ubat-Luka-Kucing-Kurap-Fungus-Kutu-Sporo-i.607885577.14078453578?sp_atk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34&xptdk=bff4cb5f-6de1-4d41-8cdd-5f3ce5befe34 https://shopee.com.my/OHMAICAT-Ubat-Kurap-Kucing-Fungus-Luka-Sporo-Bulu-Gugur-Spray-Tanpa-Bilas-Dengan-Air-Senang-Digunakan-i.142790491.2184344059?sp_atk=1f24b17b-199a-45f0-bad8-73da71a2e6e0&xptd...