Sekejap saja, hari ni umur aku dah 31. Aku serius rasa macam baru habis SPM haritu. Tup tup, aku sekarang tengah bekerja dekat sebuah Non Profit dekat KL, dah berkahwin dan ada seorang anak. Apa yang aku buat selama 31 tahun ni? Kenapa rasa macam cepat sangat!? Lepas SPM haritu (baca: 2005), aku masuk Universiti. Enam tahun aku belajar medic dekat Czech Republic. Dari 2008 sampai 2014. Selain dari membaca, tak banyak perkara lain yang aku buat. Aku sibuk dengan exam dan bacaan. Nak kata tak ada life, tak juga sebab aku memang suka membaca. Habis stadi dekat Czech Republic aku balik Malaysia, tahun 2015. Aku start kerja hospital government. Tak lama lepas tu, tahun 2016 aku keluar dari KKM dan sambung master di PPUKM. Grad master tahun 2018. Lepas aku grad tu aku kerja dekat MSQH sampai sekarang. Walaupun nampak significant juga apa yang aku buat sejak 14 tahun yang lalu, tapi somehow aku rasa jiwa aku kosong. Seolah olah tak banyak pengalaman yang aku lalui. Jiwa aku tak terisi